Kelas Asas Ict Membuat Jadual Kumpulan 2
27 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 26 Januari 2019, seramai 10 orang pelajar lepasan STPM menghadiri Kelas Asas ICT Microsoft Word Tahap 2. Kelas diadakan pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 12.30 petang. Mereka diberi penjelasan mengenai kepentingan menguasai aplikasi Microsoft Word untuk masa hadapan. Mereka diajar membuat jadual mengikut modul yang telah disediakan. Selain itu juga mereka diajar memasukkan jadual , menambah jadual , membuang jadual, memasukkan perkataan di dalam jadual dan sebagainya.
Mereka juga diberi latihan untuk menaip. Selepas menaip mereka diajar cara untuk menyimpan dokumen dan menukar dokumen tersebut kepada pdf. Turut diselitkan juga mengenai apa itu KDB dan juga e-waste kepada para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: